Bersukan Bersama Deen Headline Update

Tahukah Indeks Jisim Badan atau dalam bahasa inggeris Body Mass Index (BMI) anda?


BMI adalah digunakan untuk menganggarkan jumlah lemak badan anda. Ia dikira dengan membahagikan berat badan anda dengan ketinggian. Anda boleh menentukan sama ada anda mempunyai berat badan berlebihan, kurang berat badan atau berat badan ideal. Gunakan kalkulator BMI sebagai panduan umum, tetapi ingat mungkin ada sebab-sebab untuk mengubah suai tafsiran, dan anda perlu berbincang dengan doktor anda. Gunakan interaktif BMI kalkulator ini untuk mendapatkan keputusan BMI anda.
Kurang dari 18.5
  • Kekurangan berat badan anda di bawah berat badan optimum dengan ketinggian anda . 
  • Anda mampu untuk mendapat berat badan yang kecil. 
18,5-22,9 RANGE NORMAL
  • Anda mempunyai berat badan yang sihat untuk ketinggian anda. 
23-27,4
  • Berat badan berlebihan Anda lebih berat optimum untuk ketinggian anda. 
  • Anda mungkin menghadapi masalah kesihatan, oleh itu kehilangan berat badan beberapa akan menjadi idea yang baik . 
27,5 dan ke atas
  • Obes Anda lebih berat optimum untuk ketinggian anda. 
  • Anda mungkin akan menghadapi risiko-risiko kesihatan, jadi berjumpalah dengan doktor anda untuk membantu anda mencapai berat badan yang sihat .

Daya Tahan Kardiovaskular "Jantungku Sihat"


 Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangkamasa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular diterjemahkan sebagai keupayaan sistem peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Faria (1970) menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan ketinggian intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasannya.

Kecergasan


Apa itu kecergasan?

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.

Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.

Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.

Apakah perbezaan komponen kecergasan?

Ketahanan sistem jantung (Kecergasan Aerobik)
  • Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
Komposisi badan
  • Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan: otot, tulang dan lemak.

Organisasi dan Agensi yg memajukan sukan di Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Adakah Anda Sudah Mendaftar Untuk Mengundi?

Klik Link Di Bawah : -
Hv u done ur part and registered to vote? Do not forget to check ur voting status here all thanks to #SPR !

Apa Itu Sukan?


Definisi Sukan
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Takrifan sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: 
  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. 

Islam Dan Sukan


Sesungguhnya memang benar firman Allah SWT `Dan tidak Kami utuskan kau(Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.


Inilah matlamat kedatangan Rasulullah s.a.w yang membawa risalah Islam untuk semua manusia. Islam bererti patuh dan tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu Muslim bererti orang yang patuh dan tunduk kepada Allah SWT.



Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.