Bersukan Bersama Deen Headline Update

Kecergasan


Apa itu kecergasan?

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.

Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.

Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.

Apakah perbezaan komponen kecergasan?

Ketahanan sistem jantung (Kecergasan Aerobik)
  • Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
Komposisi badan
  • Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan: otot, tulang dan lemak.

Kekuatan otot
  • Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
Ketahanan otot
  • Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Fleksibiliti
  • Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh.
Enam komponen lain:

• Ketangkasan/ kelincahan
• Keseimbangan
• Kelajuan
• Masa reaksi
• Koordinasi
• Kepantasan/kecepatan

Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan komposisi badan.

No comments:

Post a Comment