Bersukan Bersama Deen Headline Update

Apa Itu Sukan?


Definisi Sukan
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Takrifan sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: 
  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. 

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Definisi perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Definisi integrasi
Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.

Jenis-jenis sukan

Lumba
Lawan
Pencapaian
Gabungan semua


Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

6 comments:

  1. assalamualaikum.
    terima kasih diatas maklumat yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum halalkan saya copy ayat dalam ni untuk tujuan assingment saye terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya juga ingin meminta izin mengambil maklumat daripada penulisan ini untuk dijadikan bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, izikan saya untuk mengambil ayat tersebut untuk melengkapkan. assignment saya, Terima kasih admin

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum mohon halalkan ilmu penulisan bagi rujukan penulisan assingment saya

    ReplyDelete